𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐀, 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah hadir menyempurnakan Program Jejak Asnaf Daerah Kota Tinggi sempena penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Fasa 1 bulan Mac tahun 2021.
Turut hadir Puan Che Wan Hamizah Binti Che Wan Zain, Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Kota Tinggi; Tuan Nor Hisham Bin Md. Sawal, Amil Baitulmal, Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi; Penolong Pegawai Daerah (Unit Pembangunan Masyarakat); Penghulu Tinggi; Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Johor Lama.
Pada lawatan tersebut, Pegawai Daerah menyantuni tiga orang penerima tersebut serta menyampaikan sumbangan wang tunai RM 1,000.00 Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor beserta bantuan bekalan makanan kepada setiap keluarga penerima.
1. Penerima pertama adalah warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Baru Sg. Sembilang Johor Lama. Beliau menghidap penyakit kanser Tiroid dan bergantung kepada jiran-jiran terdekat untuk mendapatkan bahan keperluan.
2. Penerima kedua adalah seorang remaja OKU (masalah pembelajaran) di Kampung Panchor, Kota Tinggi. Beliau merupakan seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudaranya iaitu seorang ibu tunggal dan penerima bantuan JKM.
3. Penerima ketiga adalah seorang warga emas OKU yang menghidap penyakit lembam, tidak berkerja dan mengalami tekanan perasaan selepas kematian suaminya. Beliau tinggal bersama 2 orang anaknya di Kampung Panchor, Kota Tinggi.
Semoga keluarga penerima kurniaan bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta terus tabah meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik pada masa akan datang.